Dilema Melayu

Buku Dilema Melayu

Dilema Melayu (The Malay Dilemma) adalah sebuah buku yang dikarang oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1970. Mahathir menerbitkan The Malay Dilemma setelah beliau kalah dalam pemilihan 1969 dulu. Selepas itu dia telah menuduh Tunku Abdul Rahman Putra kerana kekalahan UMNO yang besar dalam pilihan raya itu. Salah satu alasannya menuduh Tunku ialah kerana terlalu memberi muka kepada kaum Cina. Almarhum Tunku yang menolak dan menafikan segala tuduhan Mahathir itu. Mahathir menyatakan bahawa Tunku telah cuai ketika menjadi wakil rakyat kerana terlalu sibuk berniaga dengan rakan Cina beliau sehingga mengabaikan kawasan parlimennya. [1]

Setelah diterbitkan, buku ini diharamkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pemikiran Mahathir Mohamad tidak selari dengan Tunku Abdul Rahman.

Pada 1981, buku ini dibenarkan sewaktu Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu oleh Ibrahim Saad pada 1982 dan diterbitkan oleh Federal Publication Sdn Bhd.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search